Sunday 19 January 2014

bye-bye 2013 hai hai 2014

Assalamualaikum wbt
agak terlewat untuk ucap selamat bagi apa-apa jua pun teehee
walaubagaimanapun, semoga Allah redha hari-hari yang lepas dan akan mendatang, amin

2013
bukanlah tahun yang saya boleh kira lebih kepada kegembiraan...sebaliknya tahun dukacita, secara personalnya...kehilangan ahli keluarga terdekat,kehilangan yang berturut, berpisah secara kekal di dunia ini...kehilangan yang sangat memberi kesan...sungguh la, mati tu tak kenal usia..tak kira kita sedia atau tak...tak kira apa jua sebab yang ada didunia ni...sampai masa, pulanglah ke tempat asal, pulang bertemu Pencipta...

cabaran kerjaya juga tak kurang hebatnya...keyakinan diuji...keyakinan ketuhanan dan juga self confident...buat julung-julung kalinya, saya menongkah arus...lari dari kebiasaan...lalu rasa kerdil dan sangat takut...namun, berkali-kali mengingatkan diri sendiri bahawa rezeki Allah yang bagi, rezeki Allah yang bagi...yakinlah bahawa Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung...yakin bahawa Allah sentiasa ada, Dia Tuhan yang Maha Besar..tiada masalah yang tak dapat Dia selesaikan...

selepas habis suatu situasi genting, pernah seseorang cakap yang "nampak tak cara Allah selamatkan awak?" sungguhlah...ketika semua sedang mencuci tangan dan hanya tinggal tangan ini untuk mencuci segalanya, Allah datangkan hujan untuk mencuci segalanya...terima kasih ya Allah :`)   

lesson learned:
1. Wrong is wrong even if everyone is doing it. Right is right even if you are the only one doing it-H-
2. jangan sesekali putus asa dan putus harap pada Allah swt

saya juga hampir hilang semangat untuk teruskan hidup setelah semua faktor disepanjang 2013 digabungkan >_< 

2014
permulaan 2014 saya juga diuji dengan kematian...sungguh mati sentiasa mengejar kita! semoga 2014 dan hari-hari yang mendatang di dalam redha Allah swt...moga Allah tak lupakan kita...

No comments:

Post a Comment