Tuesday 24 January 2012

menyesal

assalamualaikum wbt

saya rasa menyesal...menyesal yang dibawa dari semalam lagi...dibawa sehingga ke hari ini...haishh terlanjur masa, dah tak boleh nak undur =(

rasa menyesal sebab hon dekat budak yang berbasikal...sebab dia keluar simpang walaupun kereta saya di jalan yang lurus...

saya rasa menyesal sebab saya hon yang agak panjang...bukan tak nampak ada budak berbasikal...nampak tapi sebab saya rasa jalan tu saya punya, jadinya tak mahu nak perlahankan kereta...bila budak tu keluar jugak dari simpang, itu yang membuatkan saya agak terkejut dan tekan hon yang agak panjang...sebabnya, saya terpaksa mengelak motorsikal-motorsikal dari arah bertentangan pula...

menyesal sebab saya dipermudahkan keluar dari ofis my dad...mr traffic yang baik hati cakap, "bagi kereta ni keluaq dulu"...dan another mr traffic stopkan sekejap satu teksi untuk nak bagi saya keluar dulu...untuk makluman, nak keluar dari ofis my dad pada kebanyakkan masa adalah sukar...sebab dekat dengan selekoh, selepas traffic light...saya dimudahkan dijalan tapi saya tak berbuat baik pun pada adik yang berbasikal tu...

menyesal sebab adik yang berbasikal tu bawa plastik di basikal dia...mungkin baru balik dari kedai...mungkin...dimalam hari...berbasikal pula...jika dibandingkan dengan saya yang berkereta,hmmm...kenapa tak boleh bagi jalan dulu dekat adik berbasikal tu kan?

hmmm...sesal dahulu pendapatan =( semoga adik yang berbasikal tersebut dilindungiNya sentiasa...amin...

Friday 20 January 2012

random

Assalamualaikum wbt

#1
saya rasa sedikit annoyed bila ada orang suka cakap,kalau suka sangat follow up sebab nak cepat,nanti orang tu tak nak buat (langsung) keja kita tu...bukankah follow up untuk nak mempercepatkan urusan?dan selalunya orang tu akan buat cepat keja kita tu sebab dah malas nak layan/entertain call kita?

#2
saya (kadang-kadang) rasa macam,hmmm...susah nak dijelaskan dengan kata-kata...tapi dalam keadaan yang macam mana boleh dikatakan kufur nikmat?

#3
hari jumaat saya memang suka tanya soalan-soalan random :D

Thursday 19 January 2012

cerita aiskrim

Assalamualaikum wbt

cerita aiskrim 1
pagi semalam, saya ada satu kes lelong...untuk pertama kalinya sepanjang jadi chambee...selesai pendaftaran dan sewaktunya dengannya, orang itu pun menggoncang-goncangkan locengnya...tell you, loceng macam loceng sipenjual aiskrim...yang bunyi ting,ting hehe

cerita aiskrim 2
selepas lunch semalam, tiba-tiba ada ofismate nak ke kedai sebelah ofis...saya pun tumpang sekaki...asalnya, nak beli gula-gula saja...tiba-tiba terbeli aiskrim...tak jadi beli gula-gula :D

cerita aiskrim 3
waktu petang yang agak mendung, seorang kawan call dan tanya something...lepas buka buku dan cari sikit-sikit, saya call dia balik...cakap apa yang saya jumpa...lima minit lepas tu, dia sms kata nanti aku belanja hang aiskrim hahaha

*aiskrim saja semalam*

kisah bukan aiskrim
semalam saya agak lewat sampai ke mahkamah...sebab lewat bukanlah sebab lambat keluar dari rumah...tapi macam banyak sangat kenderaan di jalan raya...musykil juga la saya...bila tersekat di jalan,mula lah saya berfikir...nanti mesti dah tak ada parking huhuhu

sampai di mahkamah, pusing-pusing, memang tak ada pun parking...masa nak keluar dari mahkamah, ada seorang pakcik guard tanya, parking penuh ke?saya jawab, aah penuh...lepas tu pakcik tu kata takpe mai parking kat sini...dia angkat kon oren tu dan suruh saya parking kat sisi jalan, betul-betul dekat dengan pintu masuk =))

dekat-dekat pun, risau juga lah...sebab parking betul-betul paling tepi...selekoh jalan keluar dari mahkamah...dalam hati, kang ada kereta yang tak lepas nak keluar, naya je huhuhu dalam hati, tawakallah...saya rasa, saya tak halang or susahkan orang nak keluar...insyaAllah tak apa...

alhamdulillah, semuanya ok...lelong berjaya...kereta safe and sound di parking di pinggir jalan =) pulang rumah, dapat biskut, dapat surat =))

nota: 1.jaga hubungan dengan Allah...Allah jaga kita, IA =)
2. jaga hubungan dengan manusia, IA Allah mudahkan kita =)

Saturday 14 January 2012

be thankful, always

assalamualaikum wbt

permulaan 2012 bagi kerjaya adalah sedikit hambar...sebab hilang seorang kanan yang senior...rasa sedih huhuhu kemudian disusuli pula dengan seorang kanan yang baik hati...bertambah sedih huhuhuhu :`( keduua-dua mereka adalah orang kuat ofis...orang-orang yang menjadi tempat rujukan saya...juga orang-orang yang sering mengingatkan saya :`(

sehari dua awal-awal tahun, kerja tak lah banyak sangat...tapi semakin hari semakin bertambah...dalam masa 2 hari setengah, by hook or by crook,kena siapkan satu report untuk diaudit...dan petang semalam saya baru saja siapkan report itu dan kurier ke 'sana'...penat tak terkata sebab ada 200+ kes nak kena buat report...>__< sampai satu tahap, saya dah rasa tak mahu dah tengok fail lagi...tak mahu dalam erti kata sebenar...dalam hati, bila la nak jadi house manager ni...

sambil-sambil cek fail yang bertimbun, seorang kawan (dan kami-kami pun sambung cakap)pun cakap.."tak lalu dah nak tengok fail..tapi keja kita kira senang la...walaupun fail banyak tapi kita cari dalam keadaan yang selesa,siap ada aircond lagi...bayangkan kalau kita keja buat rumah...dah la kena keja dalam keadaan panas...kena angkat benda berat lagi...kalau aku la, hari ni keja esok dah tak mai dah...bersyukurlah dengan keja kita"..lebih kurang macam ni la kami berborak...

serta merta saya insaf...memanjatkan kesyukuran pada Yang Esa...walaupun ada love-hate relationship dengan kerja sekarang, tapi alhamdulillah saya ada kerja...mudah dapat kerja...tidak sempat pegang title penganggur...kerja pun dalam keadaan selesa,pejabat yang selesa, berhawa dingin, dekat dengan rumah, tinggal dengan family...ada ofismate dan bos yang baik...waktu kerja 9.00-5.30 petang...apa lagi yang boleh membuatkan saya rasa tak bersyukur?alhamdulillah...terima kasih ya Allah atas rezeki yang Kau limpahkan...

stress kerja,biasalah...semua kerja ada stress yang tersendiri...cumanya,terpulang pada diri sendiri untuk nak mengawal dan mengatasi stress kerja tu...ikhlaskan hati,betulkan niat,kerja bersungguh-sungguh,kerja betul-betul...

nota: 1.terlalu banyak rezeki yang dilimpahkan...sentiasalah bersyukur...
2. rezeki tu, Allah yang bagi...sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia yang lagi mulia dari binatang...jadinya, jangan risau sebab setiap manusia di dunia ni dah ditetapkan rezeki masing-masing...REZEKI tu,ALLAH yang bagi!

Sunday 1 January 2012

welcome 2012

Assalamualaikum wbt

selamat datang 2012...semoga mentari dan pelangi sentiasa menyinari semua,insyaAllah :-)

Azam tahun 2012:
1.meminimumkan minum minuman 3 in 1
2.bawa bekal ke ofis semaksima yang mungkin
3.lebih disiplin dalam menguruskan kewangan
4.baca ayat-ayat lazim aka muqaddam selalu
5.kekalkan yang 'ini'
6.tinggalkan yang 'itu'
7.betulkan niat dan ikhlaskan hati untuk berkerja
8.ors =)

semoga tahun ini selangkah lebih maju ke hadapan daripada tahun lepas,insyaAllah
kalau tak,jadi lah kita golongan-goongan yang celaka sebab hari ini lebih buruk dari semalam...nauzubilah
doakan yang baik-baik saja dan yang baik-baik saja berkekalan dan berterusan...

"guide us to the straight way" (1:6)

Nota: doakan saya firm enough to stand with my decisionS..amin