Saturday, 14 January 2012

be thankful, always

assalamualaikum wbt

permulaan 2012 bagi kerjaya adalah sedikit hambar...sebab hilang seorang kanan yang senior...rasa sedih huhuhu kemudian disusuli pula dengan seorang kanan yang baik hati...bertambah sedih huhuhuhu :`( keduua-dua mereka adalah orang kuat ofis...orang-orang yang menjadi tempat rujukan saya...juga orang-orang yang sering mengingatkan saya :`(

sehari dua awal-awal tahun, kerja tak lah banyak sangat...tapi semakin hari semakin bertambah...dalam masa 2 hari setengah, by hook or by crook,kena siapkan satu report untuk diaudit...dan petang semalam saya baru saja siapkan report itu dan kurier ke 'sana'...penat tak terkata sebab ada 200+ kes nak kena buat report...>__< sampai satu tahap, saya dah rasa tak mahu dah tengok fail lagi...tak mahu dalam erti kata sebenar...dalam hati, bila la nak jadi house manager ni...

sambil-sambil cek fail yang bertimbun, seorang kawan (dan kami-kami pun sambung cakap)pun cakap.."tak lalu dah nak tengok fail..tapi keja kita kira senang la...walaupun fail banyak tapi kita cari dalam keadaan yang selesa,siap ada aircond lagi...bayangkan kalau kita keja buat rumah...dah la kena keja dalam keadaan panas...kena angkat benda berat lagi...kalau aku la, hari ni keja esok dah tak mai dah...bersyukurlah dengan keja kita"..lebih kurang macam ni la kami berborak...

serta merta saya insaf...memanjatkan kesyukuran pada Yang Esa...walaupun ada love-hate relationship dengan kerja sekarang, tapi alhamdulillah saya ada kerja...mudah dapat kerja...tidak sempat pegang title penganggur...kerja pun dalam keadaan selesa,pejabat yang selesa, berhawa dingin, dekat dengan rumah, tinggal dengan family...ada ofismate dan bos yang baik...waktu kerja 9.00-5.30 petang...apa lagi yang boleh membuatkan saya rasa tak bersyukur?alhamdulillah...terima kasih ya Allah atas rezeki yang Kau limpahkan...

stress kerja,biasalah...semua kerja ada stress yang tersendiri...cumanya,terpulang pada diri sendiri untuk nak mengawal dan mengatasi stress kerja tu...ikhlaskan hati,betulkan niat,kerja bersungguh-sungguh,kerja betul-betul...

nota: 1.terlalu banyak rezeki yang dilimpahkan...sentiasalah bersyukur...
2. rezeki tu, Allah yang bagi...sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia yang lagi mulia dari binatang...jadinya, jangan risau sebab setiap manusia di dunia ni dah ditetapkan rezeki masing-masing...REZEKI tu,ALLAH yang bagi!

No comments:

Post a Comment