Thursday, 19 January 2012

cerita aiskrim

Assalamualaikum wbt

cerita aiskrim 1
pagi semalam, saya ada satu kes lelong...untuk pertama kalinya sepanjang jadi chambee...selesai pendaftaran dan sewaktunya dengannya, orang itu pun menggoncang-goncangkan locengnya...tell you, loceng macam loceng sipenjual aiskrim...yang bunyi ting,ting hehe

cerita aiskrim 2
selepas lunch semalam, tiba-tiba ada ofismate nak ke kedai sebelah ofis...saya pun tumpang sekaki...asalnya, nak beli gula-gula saja...tiba-tiba terbeli aiskrim...tak jadi beli gula-gula :D

cerita aiskrim 3
waktu petang yang agak mendung, seorang kawan call dan tanya something...lepas buka buku dan cari sikit-sikit, saya call dia balik...cakap apa yang saya jumpa...lima minit lepas tu, dia sms kata nanti aku belanja hang aiskrim hahaha

*aiskrim saja semalam*

kisah bukan aiskrim
semalam saya agak lewat sampai ke mahkamah...sebab lewat bukanlah sebab lambat keluar dari rumah...tapi macam banyak sangat kenderaan di jalan raya...musykil juga la saya...bila tersekat di jalan,mula lah saya berfikir...nanti mesti dah tak ada parking huhuhu

sampai di mahkamah, pusing-pusing, memang tak ada pun parking...masa nak keluar dari mahkamah, ada seorang pakcik guard tanya, parking penuh ke?saya jawab, aah penuh...lepas tu pakcik tu kata takpe mai parking kat sini...dia angkat kon oren tu dan suruh saya parking kat sisi jalan, betul-betul dekat dengan pintu masuk =))

dekat-dekat pun, risau juga lah...sebab parking betul-betul paling tepi...selekoh jalan keluar dari mahkamah...dalam hati, kang ada kereta yang tak lepas nak keluar, naya je huhuhu dalam hati, tawakallah...saya rasa, saya tak halang or susahkan orang nak keluar...insyaAllah tak apa...

alhamdulillah, semuanya ok...lelong berjaya...kereta safe and sound di parking di pinggir jalan =) pulang rumah, dapat biskut, dapat surat =))

nota: 1.jaga hubungan dengan Allah...Allah jaga kita, IA =)
2. jaga hubungan dengan manusia, IA Allah mudahkan kita =)

No comments:

Post a Comment