Monday 18 April 2011

end of class...

bismillah...


semalam, last class saya untuk sem ini secara unofficialnya official jumaat lepas…class terakhir bermula dari 10 pagi sampai 1 t/hari td…barang2 semua dh tkde kt klas…dan saya telah pulangkan balik kunci drawer…lepas ni, kena usaha untuk final pulak…final yg final! I’Allah…

 kelas terakhir

okla...mahu sambung buat opinion writing dulu...esaimen terakhir =)

Thursday 7 April 2011

Hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar

Bismmillah

Ada lebih kurang 1 minggu saja lagi saya akan bergelar pelajar atau mahasiswa atau siswi atau student =)…perasaan adalah bercampur baur…ingin segera menamatkan status ini, pulang ke rumah dan cepat2 bekerja…kerana saya rasa sudah lama berada di alam kampus, 5 tahun setengah rasa super senior sangat =P… tapi bila menyanyi lagu u semalam, terasa sedey sangat…menyanyi untuk kali terakhir sebagai pelajar…lepas ini, menyanyi bukan lagi sebagai pelajar dah masa konvo nnt…I’Allah…

Namun, kerja2 masih ada lagi dan belum selesai…menanti next week adalah 3 tests, assignment, file nk submit, presentation, full trial dan juga viva…jadinya, tiada istilah rilek ponteng untuk minggu akhir…saya sangat berharap agar dapat pulang pada study week kali ini….jadinya, saya memang mahu cepat2 menghabiskan zaman study saya…macam la nnti kerja dah tk kena buat kerja sekarang  ;0 saya juga tidak bercadang mahu sambung study selepas ini, dalam masa terdekat i.e master atau pun syariah…

Bertambah sedey bila tadi pensyarah cakap, ni last class...take care of yourself...jgn takut masa exam nanti...suma saya dh ajar...the exam is not to fail you...remember that...pesanan terakhir seorang pensyarah,tq sir =)

Saya yakin satu hari nanti, masa dah kerja saya pasti akan rindukan/teringatkan zaman bergelar pelajar ini ;`)…tunggu lah nanti…masa itu akan datang sendiri…buat masa ini, saya hanya mahu habis belajar…smoga saya lulus semua paper dan dapat grad on time…amin… 

Tempat jatuh lagi dikenang…inikan pula tempat bermain susah payah :`)

court stand down untuk nego =)

Nota: mahu menikmati  hari-hari terakhir bergelar pelajar  8)

Tuesday 5 April 2011

glad to be home =)

Bismillah…
Alhadulillah…glad to be home…safe and sound =)…juga telah selamat sampai ke bandaraya anggerik ini…alhamdulillah, perjalanan yang dipermudahkan, sepanjang-panjang perjalanan yang panjang itu =P… Benarlah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan…hihi kepulangan kali ini, baru la saya tahu beberapa perkara ye saya kurang peka…terima kasih daun keladi, nanti2 nk tumpang lagi hihi =)

Semasa on the way pulang dari kampung, ada 1 kemalangan di highway mula terfikir berjuta kali kerana saya akan pulang ke sini keesokan harinya…kurang pasti sama ada berpunca dari arah bertentangan atau sehala dengan saya…sebabnya,  kereta2 itu kemek/remuk teruk dan terbakar…satu dari arah bertentangan dan satu lagi sehala dengan saya…jem yang agak teruk disebabkan kemalangan tersebut…bomba, ambulan dan jpa silih berganti datang…

Namun, apa yang mendukacitakan dan dikesalkan ialah apabila kenderaan2 ini melalui lorong kecemasan, ada jugak yang mahu mengambil kesempatan…follow kenderaan kecemasan ini…apa yang di sibukkan pun saya kurang pasti…sehinggakan, kenderaan2 kecemaan ini terpaksa membunyikan hon kerana laluan kecemasan itu dihalang oleh kenderaan yang kurang kesedaran sivik yang menggunakan laluan itu…takkan lah tidak boleh bertolak ansur skejap…orang laen juga menunggu sama seperti kamu… berilah peluang pada yang lebih memerlukan...bayangkan jika kamu sangat2 memerlukan bantuan pada waktu itu…syabas untuk sebahagian besar pemandu2 yang bertimbang rasa =)

 sumber: google

Saya setuju dengan iklan, kelajuan membunuh…juga yakin bahawa kemalangan dapat dielakkan dan risiko itu serta keseriusan kesan itu dapat dikurangkan seandainya kelajuan di patuhi…sedangkan pemandu professional pun dilengkapi dengan bermacam2 perlindungan untuk setiap kali perlumbaan,…saya bukanlah siapa2 namun didalam hidup ini, ada benda yang boleh di ubah dan anda mampu mengubahnya…akhir kata, ingatlah orang tersayang =)

Smoga perjalan kita semua dipermudahkan dan dalam lindungan Yang Maha Kuasa…selamat dalam perjalanan, selamat sampai, i’Allah…

p/s: tiba2 rasa rindu air bus =( sponsor  please… =P