Thursday 12 September 2013

duo

jannah disebalik musibah...
kita tak boleh nampak atau tahu masa depan...
tapi seharusnya kita ambil segala yang baik dan tinggalkan yang tak baik...

pada bulan syawal yang lepas, saya ada terbaca surat khabar...
berkenaan seorang hafiz...beliau berjaya menghafal 10 juzuk al-Quran...
apa yang menariknya, beliau berjaya menghafal 10 juzuk apabila dihantar ke sekolah tahfiz  setelah ibubapa beliau tidak dapat mengawal kenakalan beliau...
saya percaya, bahawa ramai yang beranggapan mempunyai anak yang nakal bukanlah perkara yang diinginkan oleh mana-mana ibubapa...
ramai yang mengeluh jika mempunyai anak yang nakal dan sukar diuruskan...tiada masa depan, kata sesetengahnya...
ramai yang mengimpikan/menginginkan anak yang senang diuruskan...supaya ada/nampak masa depan

tapi jika kita lihat hikmah disebalik kisah ini, insyaAllah beliau sudah pun ada tiket ke syurga...
bukan satu, malah ada extra 10 lagi tiket yang dimiliki beliau..malah beliau boleh sendiri memilih 10 orang dikalangan ahli kelurga untuk sama-sama masuk ke syurga...  
sesungguhnya hidayah milik Allah...

p/s: 1. memerlukan partner untuk nak praktis duo...seorang baca, seorang cek
       2. be my partner? ;P
   

No comments:

Post a Comment