Tuesday, 27 December 2011

selamat pengantin baru

assalamualaikum wbt

Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang dari umatku mendirikan perkahwinan, maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya".

cuti sekolah sangat sinonim dengan majlis kenduri...antaranya kenduri kahwin...dalam seminggu dua ni,ramai kawan-kawan saya yang telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan pasangan masing-masing...namun, kebanyakkan tak dapat saya hadir, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...saya pohon kemaafan atas ketidakhadiran tersebut =)

bercakap tentang ketidakhadiran, saya pernah mengutarakan perkara ini beberapa kali kepada orang-orang disekeliling saya...beberapa kali, pada waktu yang berlainan, dengan orang berlainan, di tempat yang berlainan dan juga dengan status yang berlainan...

semasa masih belajar dulu, pernah saya ketengahkan (macampentingsangat=P) isu ini...saya katakan pada mereka, macam mana kalau saya tak dapat hadir pada majlis walimah mereka-mereka nanti? selepas terdiam seketika, semua menyatakan bahawa kecil juga hati kalau kawan-kawan baik tak dapat hadir!namun setelah bincang dengan lebih lanjut, semua sepakat bahawa "there is always an exception for every general rule".

lebih kurang minggu lepas (setelah tamat belajar), saya mengutarakan soalan yang sama kepada ofismate yang bukan bujang =P kata beliau, sebenarnya akan rasa kecil hati jugak lah sebab kawan baik sendiri tak datang...berdasarkan pengalaman beliau sendiri lah...tapi beliau juga mempunyai pendapat yang sama dengan kawan-kawan saya masa belajar dulu, "there is always an exception for every general rule".

jadinya, mari belajar untuk tak rasa kecil hati seandainya orang yang anda harapkan tak dapat hadir pada majlis walimah anda...bukan tak sudi...tapi mungkin mereka tak dapat cuti, jarak dan masa tak mengizinkan, keadaan cuaca, mungkin juga ada family matters/kenduri jiran dan juga sebab-sebab lain yang tak dapat dielakkan dan yang perlu diberi lebih keutamaan =)

oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua sahabat handai rakan taulan dan juga sanak saudara yang bakal atau telah bertunang atau bernikah atau berkahwin atau mendapat cahaya...semoga majlis dan/atau kehidupan kita semua bahagia sentiasa hendaknya dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT...doakan yang lain-lain dipermudahkan dan dipercepatkan ke jalan ini juga ya ;)

nota: 1. ajal, jodoh, takdir telah ditentukan...pena telah diangkat, dakwat telah kering.
2. nak kahwin tahun depan la,will be my answer kepada sesiapa yang bertanya ;D doa2kanlah ya =)

sumber:google

No comments:

Post a Comment