Saturday, 31 December 2011

kisah sekeping kad kuning

assalamualaikum wbt
hari terakhir untuk tahun 2011...dalam tahun ini, macam-macam dah jadi...tamat belajar llb...menjalani chambering...mendaftar sebagai pengundi...tukar alamat mykad...dalam erti kata lain, naik satu tahap...perubahan demi perubahan...kesemua perkara-perkara ni, sukar untuk dibuat pada mulanya...tapi, buat jugak diakhirnya...

masa llb dulu, pensyarah-pensyarah pernah bertanya apa aim/matlamat setiap classmate lepas habis llb...macam-macam ada haha...dan yang paling umum/common sekali ialah nak jadi lawyer atau join service...dua ni jawapan yang paling famous...dan kebanyakkan mengulang jawapan yang sama setiap kali ditanya pensyarah-pensyarah yang berlainan....jadinya, setiap orang akan digelar atau pun dengan kata lain,lebih dikenali dengan gelaran masing-masing...contohnya; "owh ya cik peguam" tak pun "ya puan majistret" tak pun "yes tuan dpp"...

masa llb juga, saya terfikir-fikir "macam mana kalau saya jadi lawyer nanti?"...jeng jeng jeng...lepas result final keluar, saya apply untuk buat chambering jugak...maksudnya, jalan menuju ke arah profesion keperguaman hakhak...nak cakap disini, masa llb dulu saya tak pernah direfer sebagai cik lawyer sebab saya tak beri jawapan untuk jadi lawyer masa pensyarah-pensyarah tanya =D

masa chambering sekarang, saya melalui hari-hari yang lapang pada kebanyakkan masa...jadinya graf kehidupan adalah mendatar dan menjalani hidup dalam zon yang selesa...bila menjalani kehidupan yang selesa, i.e tiada masalah, i took everything for granted, bak kata orang putih...sehinggalah saya disuruh untuk memegang satu fail...

bila dah pegang fail, maksudnya saya adalah orang yang bertanggungjawab ke atas fail tersebut...daripada A sampailah Z...alkisahnya, macam-macam masalah yang timbul sejak dari langkah A sampai sekarang ni, langkah M...bermacam-macam masalah...antara masalah-masalah yang ditimbul ialah kad kuning iaitu kad AR Berdaftar tiada dalam fail tersebut...keadaan ini menyebabkan saya sampai duduk tak senang, berdiri pun tak kena dan segalanya serba salah...huru hara hidup dibuatnya...dan disinilah bermulanya turning point saya...

dalam pada menghadapi masalah-masalah sepanjang menguruskan fail tersebut, miracle happened...kesusahan dalam langkah A, saya dipermudahkan dengan cara 1...kesulitan di langkah B, saya dimudahkan dengan cara 2...pendek kata, setiap kesukaran yang saya hadapi, saya dimudahkan dengan pelbaggai cara...

bila jadi begini, baru saya sedar...selepas tamat llb dan semasa menjalani chambering, saya berada dalam zon yang selesa dan lapang...tiada masalah yang timbul...dan ini menjadikan saya selesa dengan apa yang ada...senang dan lapang menjadikan diri lalai dan alpa...mujurlah, mujurlah diuji dengan kesusahan begini...kalau tidak, lalai dan alpa itu mesti berterusan...terima kasih ya Allah...

bermula dari fail ini lah saya menapak langkah demi langkah...satu demi satu...slowly but steadily...tapi ada juga yang drastically hehe sepanjang langkah demi langkah ini, alhamdulillah dimudahkan lagi...jumpa apa yang dicari...alhamdulillah...thank you Allah =)

nota: 1. jangan sesekali lupakan Allah SWT
         2. niatlah yang baik-baik saja...insyaAllah dipermudahkan semua...
         3. doakan yang baik-baik saja dan yang baik-baik saja itu berterusan

sementara.hati.masih.lagi.ditetapkan.begini.doakan.ianya.kekal.begini.ya.=).

No comments:

Post a Comment