benar2 rs geram, nk marah, sedey,
nk menangeh pn ad jugak ms tuh dan macam2 lg perasaan...
rs mcm we were not meant to be together pn ada hahaha
rs mcm SFG (sign from God) yg ini bukanlah yg terbaek...or sebaliknya? ^_^
memulakan pagi dgn rs yg sgt tk besh..pg2 lg dh kna marah...pada hal, bkn la dia tk bley cakap elok2...ckp sj la bukan form tu, from laen...tk perlu la nk ceramah bagai, knal tk org tu, org ni...ur officer tk cek ke blablabla...tkkn la pg2 dh terasa penat berpuasa kot...org laen pn puasa jugak...tp tk la nk mrh2, membebel2 tk tentu hala...org laen boleh je senyum, ckp elok2...tkkn la nk ckp elok2 pn susah sgt...tambah2 ari ni dh msk bonus...sepatutnya kena la senyum smpai telinga...ini tak...
sumpah rs malu gla td >__<
bukankah budi bahasa budaya kita?tmbh2 la org kaunter
tktau nk spesifik cna or front liner or yg deal dgn org laen, mesti la kna lg berbudi bahasa...ataupun, disebabkan org yg kna deal dgn kamu, jd kamu boleh mengurangkan budi bhsa?atau slogan dh bertukar?ikut suka, ikut rasa?tk boleh ke kalo kita saling hormat menghormati?
dear makcik, hidup ni ibarat bola...sapa2 pn boleh tendang, dan bola tu akan berguling2...hidup ni adil...
sedang menyabarkan hati sendiri...
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut : 2-3)
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah : 286)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran :139)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran : 200)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... (Surah At-Taubah :111)
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 87 )
blk keja ptg td, singgah kt king's, nk beli agar2...akak yg kt kaunter tu, punya la baek...senyum je dia...wat a relief,sejuk hati...lantas sy tersedar...
besar ganjaran adalah dengan besarnya dugaan...(At-Tirmizi & Ibn Majah)
"ya Allah, permudahkanlah urusan ku..berikanlah yg terbaek yg sebaik2nya yg telah Engkau tetapkan untukku...amin..."