Sunday, 5 May 2013

marilah mari...pergi mengundi

Assalamualaikum wbt

Ini kali pertama mengundi untuk pilihan raya umum :) semoga undi ini tidak menjadi undi yang sia-sia,insyaAllah :)

Semasa menjadi mahasiswa dulu,saya berkesempatan untuk mengundi di pilihan raya kampus sebanyak 3 kali... Kali pertama,calon2 MPP kebanyakkannya datang berkempen dari kelas ke kelas dan untuk bdrkempen,selain daripada flyers2 yang diedarkan...jadinya,agak mudah untuk tahu dan membuat keputusan untuk memilih siapa yang mahu diundi...masih lagi ingat mengenai seorang calon...flyernya penuh dengan anugerah yang diterima sejak dari tingkatan 3 sekolah menengh...lepas baca flyer dia,terus mesej kawan yang satu sekolah calon tadi tanya "sapa calon tu?" ;P

Kali kedua,ada calon yang datang kempen ke kelas dan ada yang tak..tapi disebabkan calon kali ini adalah satu batch,maka agak senang untuk buat pilihan :D

Dan kali ketiga,memang tak tahu sangat apa manifesto dan juga siapa calon2nya..sebab kali ketiga ni,adik2 junior yang jadi calon... Antara perkara2 yang dipertimbangkan sebelum mengundii satu2 caalon ialah, good looking! ;P

How time flies~~

Wednesday, 20 February 2013

wahai jiwa yang tenang

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya -89:27-28- 1935-18/02/2013 Al-fatihah

Thursday, 27 December 2012

Wednesday, 19 September 2012

dan mimpi itu hakikatnya realiti...

Dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan mati

 Si jejaka berada dalam masalah...masalah yang mana dalam kepakaran si gadis...akan tetapi, si jejaka langsung tidak membuka mulut walaupun duduk berselang beberapa kerusi saja daripada si gadis...begitu juga dengan si gadis yang diam seribu bahasa...kekok...kerana hakikatnya mereka memang begitu...

Sesudah menyelesaikan masalahnya, barulah si jejaka menegur si gadis...si jejaka mahu berjumpa si gadis setelah si gadis selesai urusan kerjanya itu...masih lagi kekok...setelah selesai kerjanya, si gadis pun mencari si jejaka...si jejaka, yang masih berbayang dengan masalah sebelum itu, ingin berbicara lanjut...kerana hakikatnya mereka memang begitu...

Si jejaka menjemput si gadis untuk beraya dan mempelawa si gadis menumpangnya pulang...tetapi si gadis menolak...si jejaka pulang lalu diikuti oleh si gadis...tetap kekok...kerana hakikatnya mereka memang begitu...

 Sesampainya si gadis, si gadis dijemput mesra oleh ibundanya si jejaka...sambil berbual mesra antara si gadis dan ibunda,si jejaka muncul...muncul seolah-olah seperti tiada masalah yang melanda si jejaka...dan si jejaka pun berbual-bual bersama-sama ibundanya dan juga si gadis...kerana hakikatnya mereka memang begitu...

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit...

Monday, 17 September 2012

tenang-tenanglah~~

Tenang-tenanglah sayang...ku pastikan datang...menjemputmu pulang~~~